fbpx

Dewan Sultan Ibrahim, UTHM jadi PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Sultan Ibrahim, UTHM, Batu Pahat, Johor akan dijadikan PPV bermula Khamis ini.

BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menjadi universiti awam pertama di negeri Johor yang berfungsi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula Khamis ini.

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Tan Sri Dr. Wahid Razzaly berkata, PPV itu akan dikenali sebagai Pusat Pemberian Vaksin, Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (PPV DSI UTHM).

Menurut beliau, pembukaan PPV DSI UTHM di bawah kategori integrasi pertama di fasiliti universiti awam dalam negeri Johor yang dijangka menampung seramai 3,000 penerima vaksin secara harian.

“Inisiatif ini bagi menyokong usaha keras kerajaan dalam memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam masa terdekat sekali gus mampu mencapai sasaran 80 peratus rakyat divaksin.

“PPV ini akan dibantu oleh para petugas mengikut kategori dengan penglibatan agensi keselamatan di bawah penyelarasan Angkatan Tentera Malaysia, sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteer termasuk kakitangan UTHM dan petugas kesihatan dari Health Care Organizations,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wahid berkata, operasi bagi setiap hari bermula 8 pagi hingga 8 malam itu turut bertujuan memastikan sasaran imuniti kelompok negeri Johor khususnya Batu Pahat dapat dicapai dengan segera.- K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI