fbpx

Tiada lagi Benjy, meninggal dunia di Medan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENJY disahkan meninggal dunia di Medan, Indonesia.

PETALING JAYA – Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy Ibrahim dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia hari ini.

Berita pemergian anak sulung kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.

Menurut Khairil, Benjy, 42, meninggal dunia akibat penyakit asma yang dihidapinya selama ini.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal dunia di hospital Medan, Indonesia akibat asma hari ini,” katanya.

Terdahulu pada 2017, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Dei Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais Indonesia sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Benjy dituduh memiliki dadah jenis methaphetamine seberat 4.5 gram.

Kemudian pada 18 Oktober tahun sama, dia dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI