fbpx

Bapa jadi TPM, Dafi yang kena serang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS bapa dilantik sebagai TPM, Dafi jadi sasaran netizen.

SEBAL pula hati Diva saat baca komen-komen netizen menghentam penyanyi Dafi apabila bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta-merta Rabu lalu.

Diva bukan apa, rasanya tak patut netizen menyerang Dafi walaupun mungkin ada perkara yang membuatkan orang ramai tidak berpuas hati.

Tapi bahasa yang dilemparkan netizen agak lantang, malah ada juga yang mencarut sehingga menggunakan kata-kata kesat.

Sebagai masyarakat Malaysia yang memiliki adab dan sopan-santun, janganlah ayat sebegitu untuk menghentam seseorang.

Tiba-tiba Diva terfikir, bukan mudah rupanya menjadi anak kepada seorang individu berpengaruh seperti Dafi.

Kita pun tidak tahu apa yang dia rasa sekarang apabila ramai yang menghentamnya. Apa-apa pun Diva harap Dafi baik-baik sahaja dan jangan ambil peduli apa yang diperkatakan netizen.

DIVA: Tiba-tiba rasa tidak sabar nak melancong apabila melihat pelakon Liyana Jasmay ‘throwback’ gambar ketika dia menyambung pengajian di New York, Amerika Syarikat sekitar 2012 lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI