fbpx

Bantuan RM1,000 kematian akibat Covid-19 di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 akan disalurkan kepada rakyat Selangor yang meninggal dunia akibat dijangkiti Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, penyaluran bantuan itu adalah selaras inisiatif di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

“Seramai 1,500 keluarga bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM1.5 juta.

“Permohonan bagi bantuan ini akan dibuka bermula esok sehingga 12 Ogos depan menerusi laman sesawang https://www.selangorprihatin.com,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau menjelaskan penyaluran bantuan RM1,000 akan dikreditkan terus ke akaun bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranya maklumat permohonan yang diterima adalah lengkap.

Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini boleh menghubungi talian hotline 24 jam iaitu 1-800-22-6600. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan)
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI