fbpx

Banggol Melon hanya di PPK Pengkalan Chepa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah (duduk kanan) ketika melawat projek tanaman Banggol Melon di PPK Pengkalan Chepa, Kampung Banggol hari ini.

KOTA BHARU – Kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengkalan Chepa, Kampung Banggol di sini menjadi pusat pertama di negara ini yang menanam dan mengeluarkan hasil tembikai susu hibrid iaitu Banggol Melon.

Tanaman itu diusahakan oleh 32 petani di bawah selian Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di tanah PPK seluas 24 hektar.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, hasil tanaman itu diusahakan sejak setahun lalu dengan pengeluaran hasil sebanyak 10 tan.

“Apabila buah itu dituai pada musim lalu, petani di PPK Pengkalan Chepa mampu meraih pendapatan mencecah antara RM15,000 hingga RM20,000 untuk keseluruhan pengeluaran hasil,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek Bersepadu Pertanian Banggol di PPK Pengkalan Chepa hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan)
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI