fbpx

19 gelandangan di Ipoh diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas JKM merekodkan butiran gelandangan yang diselamatkan dalam satu operasi di Ipoh semalam.

IPOH – Seramai 19 orang gelandangan diselamatkan dalam Operasi Menyelamat Gelandangan (OMG) yang diselaraskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dengan dibantu oleh Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) semalam.

Operasi bersepadu ini turut melibatkan agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Kesihatan Daerah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen dan polis.

Wanita Perak dalam satu kenyataan memberitahu, ini adalah operasi kedua susulan OMG pertama pada 5 Jun lalu yang telah menyelamatkan 44 orang gelandangan daripada pelbagai latar belakang.

Menurut kenyataan tersebut, kesemua yang diselamat kemudian ditempatkan di Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) Sementara Daerah Kinta di Bangunan Dewan PBSMM, Jalan Kompleks Sukan Ipoh.

“Para penghuni telah dibekalkan dengan barang keperluan diri termasuk pakaian, set mandian, tuala, bantal, selimut dan set sanitasi diri selain diberikan makanan seimbang dan sihat mengikut jadual.

“Pemeriksaan kesihatan berkala pula dilakukan oleh petugas kesihatan manakala JKM merekodkan profil gelandangan untuk membantu mengesan waris mereka supaya mereka dapat kembali ke pangkuan keluarga,” ujar kenyataan tersebut.

Selain mengelak penularan Covid-19, objektif penubuhan PPG ini adalah antara inisiatif kerajaan negeri Perak untuk membantu mengubah sikap gelandangan kembali kepada masyarakat.

Ia termasuklah melalui pengisian program dan aktiviti motivasi, kerohanian, kecergasan yang telah diaturkan oleh agensi-agensi dan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI