JOHOR BAHRU – Pejabat Daerah Johor Bahru telah mengenal pasti 11,200 penerima program Gobok Rakyat Johor yang terdiri daripada golongan keluarga terjejasnya akibat pandemik Covid-19 di negeri ini.
Pegawai Daerah Johor Bahru, Datuk Abdul Rahman Salleh berkata, pihaknya telah diperuntukkan sejumlah RM800,000 untuk diagihkan kepada penerima yang layak.
Jelas beliau, senarai penerima telah diterima dengan kerjasama Ketua Kampung, Penghulu, Ahli Majlis, pemimpin tempatan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Program Gobok Rakyat Johor ini telah dilancarkan Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad pagi tadi dan di peringkat daerah Johor Bahru, kita telah memulakan pengagihannya hari ini.
“Semua penerima yang layak telah dikenalpasti dan mereka akan diberi barangan asas mengikut kepada keperluan mereka, antaranya beras, minyak masak, tepung, gula dan biskut,” katanya kepada pemberita selepas melakukan agihan bubur durian di Hospital Sultanah Aminah, di sini hari ini.
Gobok Rakyat Johor dengan peruntukan RM8 juta merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam membantu seramai lebih 100,000 rakyat negeri ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929