fbpx

10 rumah dilanda banjir kilat di Balik Pulau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 10 buah kediaman di Kampung Sulup, Teluk Kumbar di sini dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

BALIK PULAU – Kira-kira 10 buah rumah penduduk di Kampung Sulup, Teluk Kumbar di sini dilanda banjir kilat dalam kejadian hujan lebat sejak pukul 5 pagi tadi.

Air dikatakan naik mencecah paras betis menyebabkan kesemua penghuni bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan berlaku.

Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Gemuroh,Rosmawati Hashim, 44, berkata, penduduk kini masih berada di kediaman masing-masing dan dinasihatkan lebih berwaspada disebabkan hujan masih lebat.

Menurutnya, penduduk terjejas diarahkan mengangkat kesemua barangan keperluan seperti perabot, pakaian dan barangan elektronik di tempat lebih tinggi.

“Kita akan memantau keadaan dari masa ke semasa. Ini merupakan kejadian banjir kilat kali kedua tahun ini selepas Jun lalu,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI