fbpx

Zii Jia tidak goyang dengan laluan sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA bakal menempuh laluan sukar untuk menjelmakan pingat emas kepada negara apabila diundi berdepan juara bertahan, Chen Long pada pusingan 16 terbaik.

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berdepan tugas berat untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2020 di Tok­yo, Jepun bermula 23 Julai ini kerana dijangka bertemu juara bertahan, Chen Long dari China pada pusingan 16 terbaik.

Berdasarkan undian Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kelmarin, Zii Jia, 23, hanya berpeluang menentang pemain No. 1 dunia dari Jepun, Kento Momota atau ranking kedua dunia, Viktor Axelsen (Denmark) di pentas final.

Malangnya, juara Terbuka All England itu berpotensi menentang Chen Long selepas dijangka mudah melepasi halangan Brice Leverdez (Perancis) dan Artem Pochtarov (Ukraine) untuk menjuarai Kumpulan M.

“Leverdez ada kelebihan pengalaman tetapi saya perlu berdepan dengan mana-mana pemain untuk menjadi pemain utama dunia dan tidak hanya mengharapkan undian mudah.

“Saya tidak sabar untuk melihat aksi Chen Long kerana sudah lebih setahun dia tidak beraksi disebabkan Covid-19,” kata Zii Jia.

Jika berjaya, Zii Jia sekali lagi bakal berdepan lawan sukar kerana dijangka bertemu pemain ranking keempat dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan pada suku akhir.

Nasib pemain perseorangan wanita, Soniia Cheah pula dilihat lebih sukar untuk mara ke pu­singan 16 terbaik selepas diundi bersama pilihan kelima kejohanan dari Thailand, Ratchanok Intanon dan Laura Sarosi (Hungary).

Undian beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di­lihat lebih seimbang selepas diundi bersama pilihan kedua, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping (China), Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich (Jerman) dan Tang Chun Man-Tse Ying Suet (Taiwan).

Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Chik diundi bersama Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari negara jiran, Indonesia, Choi Sol Gyu-Seo Seung Jee (Korea Selatan) dan Jason Anthony Ho-Shue-Nyl Yakura (Kanada).

Pasangan wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean pula sangat mencabar untuk meraih slot dua terbaik daripada lawan seperti Sayaka Hirota-Yuki Fukushima (Jepun), Apriyani Rahayu-Greysia Polii (Indonesia) dan Chloe Birch-Lauren Smith (Britain).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI