fbpx

Uncle Kentang kecewa dituduh buka aib orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuan Chee Heng

PETALING JAYA – ‘Uncle Kentang’ kecewa apabila dituduh cuba mengaibkan seorang ‘Puan Sri’ hanya kerana tindakannya memberi bantuan bakul makanan kepada penduduk di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menurut Uncle Kentang, dia tidak menyangka dituduh sedemikian selepas ‘Puan Sri’ yang merupakan Ahli Jawatankuasa PPR tersebut menyangka dia sengaja menghebahkan mengenai orang susah di kawasan jagaannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Bila ada orang minta makanan di kawasan beliau, wanita itu rasa tercabar dan terus menuduh saya cuba mengaibkannya. Wanita itu berkata dia sudah bagi semua orang makanan di bloknya.

“Memang tahniah pada makcik. Memang dah bagi tetapi makcik perlu fikir, masa PKP semua anak dalam rumah. Mundar mandir masuk dapur 20 kali sehari. Setakat beras 5 kilogram, tepung sepaket, gula, minyak masak, mi segera sebungkus, berapa lama nak bertahan barang-barang ini. Tiga hari makcik, kerana ada anak yang ramai,” katanya hari ini.

Pada masa sama, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng berkata, dia tidak menafikan wanita itu atau AJK yang lain telah membuat yang terbaik dalam membantu golongan memerlukan.

Bagaimanapun, katanya, masih ada lagi yang mohon bantuan kerana berkemungkinan mereka adalah keluarga besar dan mempunyai ramai.

“Saya tidak nafikan usaha AJK semua dan saya sedia membantu tetapi menuduh saya mengaibkan AJK adalah kurang tepat. Tiada ada terlintas hati saya untuk mencabar kehandalan makcik dalam menjaga kawasan makcik.

“Bagaimanapun, kita perlu husnuzon. Kalau ada orang datang bantu mereka yang susah, kita harus cari pintu rumah mana yang terkandas dan bantu.

“Tidak sedikit tercalar pun kehandalan makcik AJK dan kehebatan makcik menjaga kawasan memang terpuji dan paling cemerlang,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI