fbpx

Trend kes positif Covid-19 di Labuan menurun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

PUTRAJAYA – Jumlah kes positif Covid-19 di Wilayah Persekutuan Labuan menunjukkan trend penurunan sehingga semalam dan dijangkakan akan turun ke 700 kes minggu ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, dari segi kadar kebolehjangkitan pula, jumlah nilai positif R-naught (Rt) juga telah menurun kepada 0.86 berbanding 2.0 pada minggu ke-20.

Beliau berkata, setakat Khamis lalu, seramai 57,243 (83.57 peratus) daripada populasi dewasa Labuan telah menerima dos pertama vaksin dan 22,049 (32.19 peratus) telah menerima kedua-dua dos vaksin.

“Dijangkakan 80 peratus populasi dewasa Labuan akan menerima dos vaksin kedua mereka pada minggu keempat bulan ini.

“Sebelum ini, Labuan telah mencatatkan 8,922 kes Covid-19. Peningkatan kes yang tinggi ini adalah disebabkan oleh serangan VOC Delta B.1.617.2 yang mula dikesan di Labuan pada 23 April lalu,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.  -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI