PETALING JAYA – Kerajaan bakal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di tiga lokaliti berbeza di Sabah bermula 12 Julai ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob berkata, pelaksanaan PKPD di tiga lokaliti tersebut berdasarkan berlakunya peningkatan kes dalam tempoh singkat dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokasi terlibat.
“Tiga lokaliti tersebut adalah; QL Farm Membalua, Tawau, Kampung Pikat Bongawan, Papar serta tiga lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman dan Bandaran Berjaya.
“Pelaksanaan PKPD ini akan berkuatkuasa selama 14 hari bermula 12 Julai hingga 25 Julai nanti,” jelasnya melalui satu kenyataan sebentar tadi. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929