PETALING JAYA – “Harga dekat RM200,000 tu, ke pokok juga kau tala,” salah satu komen orang ramai apabila menyaksikan satu hantaran di Facebook berkenaan kemalangan tragis sebuah kereta sport idaman ramai hari ini.
Dalam hantaran melalui perkongsian di laman Facebook Darwin Raj, Kereta Nissan Skyline GTR R34 itu dikatakan baru sahaja dibeli oleh pemiliknya tidak sampai satu jam.
Kemalangan kereta berwarna biru itu juga didakwa tidak disengajakan oleh orang tengah ketika ingin membawa kenderaan tersebut kepada pemilik baru.
Difahamkan lokasi kemalangan dikatakan berlaku di sebuah lokasi di Johor Bahru petang tadi.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi oleh orang ramai antaranya, pemegang akaun dengan nama Izwan EZ berkata kemungkinan pemandu terbabit teruja dan terkejut dengan kelajuan kereta tersebut.
“Mungkin dia tak pernah rasa stereng kereta sport macam tu sebelum ini, sekali tekan pedal minyak pergi dia lain macam. Ke pokok juga dia singgah,” ujarnya.
Seorang lagi pengguna Facebook, Mad Nakal pula berkata, “kalau nak rugi dalam masa singkat pun boleh, jenuh pemandu tu fikir apa nak jawab dengan pemilik kereta itu selepas ini,” katanya. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929