fbpx

Polis siasat dakwaan aniaya anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor anjing liar yang didakwa dizalimi penguat kuasa majlis perbandaran di Kulim kelmarin.

KULIM – Polis Kedah menerima dua laporan polis berhubung penularan video di media sosial berkaitan operasi menangkap anjing liar oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) di Taman Tiram di sini kelmarin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat  berkata, laporan itu dibuat bagi menzahirkan  perasaan  tidak  puas hati  terhadap  tindakan  MPKK  yang  dianggap  kejam  serta  tidak berperikemanusiaan.

Katanya, susulan itu satu kertas siasatan dibuka di bawah  Seksyen 428  Kanun Keseksaan  iaitu  khianat  dengan  membunuh  atau  mencacatkan  seekor haiwan.

“Jika disabitkan  kesalahan  boleh  dikenakan  hukuman penjara  sehingga  tiga  tahun  atau  denda  atau  dengan  kedua-duanya.

“Siasatan terperinci  masih  dijalankan  bagi  mengenal  pasti  undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP)  yang diguna pakai dalam  tindakan  bagi melupuskan haiwan  liar  yang  berkeliaran,” tambahnya.

Kosmo! Online semalam melaporkan satu rakaman video yang tular di Facebook menunjukkan beberapa orang anggota penguat kuasa majlis perbandaran sedang menangkap seekor anjing liar.

Dalam rakaman itu juga menunjukkan anjing itu disuntik sesuatu sebelum dimasukkan ke dalam plastik hitam. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI