fbpx

Penerima vaksin minta sediakan bubur kacang di pusat vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang netizen menulis pada akaun rasmi TNI AU tentang permintaannya supaya pusat vaksinasi itu menyediakan juadah bubur kacang kepada penerima vaksin. - Cookpad

JAKARTA – Permintaan seorang penerima vaksin yang mahukan bubur kacang disediakan di pusat vaksinasi selepas selesai menerima suntikan menjadi tular di media sosial, lapor laman berita Liputan 6 semalam.

Permintaan tersebut adalah daripada seorang netizen kepada pusat vaksinasi Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara (AU).

“Tolong admin sediakan bubur kacang hijau ya selepas habis divaksin, terima kasih,” demikian kenyataan netizen tersebut yang ditulis di akaun rasmi TNI AU.

Permintaan tersebut dibalas dengan gurauan daripada pemilik akaun rasmi TNI AU dengan menyebut program imunisasi tersebut bukanlah untuk kanak-kanak.

“Maaf, ini program vaksinasi Covid-19, bukan program imunisasi kanak-kanak,” tulis pemilik akaun itu.

TNI AU menjalankan program vaksinasi di beberapa buah lokasi dan baru-baru ini, ia diadakan di Terminal Ketibaan 1A Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang.

Program vaksinasi di situ dijalankan selama dua hari bermula semalam sehingga hari ini. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI