fbpx

Pelanggan tolak hadiah losyen tetapi mahu banglo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan peniaga dengan pelanggannya.

PETALING JAYA – Seorang peniaga berkongsi tangkap layar perbualannya dengan pelanggannya yang menetapkan jenis hadiah percuma tidak dimahukannya.

Menerusi tangkap layar yang tular di Facebook tersebut, pelanggan tersebut pada mulanya bertanya sama ada peniaga berkenaan menyediakan hadiah percuma kepadanya.

Apabila peniaga tersebut mengatakan ada hadiah percuma disediakan, pelanggan itu kemudiannya menetapkan jenis hadiah percuma dimahukannya.

“Kalau boleh saya tak nak topeng muka atau losyen mini sebab dah biasa dapat hadiah-hadiah macam tu di rumah saya,” katanya.

Peniaga itu kemudian berkata: “Barang RM7 awak nak hadiah percuma apa? Banglo ke sis?”

Perbualan itu terhenti apabila pelanggan berkenaan memaklumkan mahu membatalkan pesanan dibuatnya.

Seorang pengguna Facebook, Hadiezul Haqeem berkata, peniaga sepatutnya menyediakan hadiah percuma seperti iPhone 12 kepada pelanggan berkenaan.

“Peniaga kenalah beri hadiah percuma macam itu. Barulah pembeli berebut nak beli,” katanya.

Eshan King pula berkata: “Agaknya dia nak hadiah percuma PS5 lepas beli RM7.39 itu. Agaknya pakai baucar penghantaran percuma sekali,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI