fbpx

Mentaliti juara buat Itali sukar disekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ITALI memiliki skuad yang sempurna ketika ini selain kekebalan benteng pertahanan menyaksikan mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah. – AFP

ROM – Bekas pengendali skuad kebangsaan Itali, Antonio Conte optimis The Azzurri memiliki ke­lebihan pada aksi final Euro 2020 menentang England di Wembley awal pagi Isnin ini berbekalkan tekanan yang bakal dihadapi oleh pasukan tuan rumah.

Kata Conte, skuad Itali yang dibimbing oleh Roberto Mancini layak untuk berada di pentas final kerana mereka adalah pasukan terbaik dalam kempen Euro 2020 kali ini dengan mendominasi setiap pasukan yang mereka hadapi sebelum ini.

“Saya anggap Itali sebagai pasukan yang sempurna pada kempen Euro kali ini kerana mereka memiliki mentaliti juara sejak awal saingan dan boleh mengubah strategi perlawanan bergantung dengan situasi semasa.

“Namun, saya pasti Mancini ada falsafah dan idea tersendiri dalam usaha untuk mengekang pasukan England pada pentas final nanti. Di atas kertas, kedua-dua pasukan memiliki barisan pemain yang seimbang dari aspek kualiti.

“Cuma, saya percaya apa yang membezakan adalah Itali memiliki tiga pemain terbaik di dunia yang cukup kebal menjaga benteng pertahanan iaitu Gianluigi Donnarumma, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini.

“Malah, pengalaman pasukan Itali yang berjaya mengekalkan rekod 33 perlawanan tanpa kalah akan memberikan kelebihan buat mereka,” katanya yang membimbing pasukan Itali selama dua tahun pada 2014 hingga 2016.

Mengulas lanjut, Conte sedar bahawa England berpotensi memberi ancaman yang lebih besar buat skuad Itali berbanding pasukan Sepanyol yang berjaya disingkirkan pada aksi separuh akhir menerusi penentuan sepakan penalti.

“Kita tahu taktikal Sepanyol hanyalah untuk mendominasi perlawanan dengan melakukan hantaran pendek tetapi situa­si berbeza apabila menentang England. Mereka memiliki pemain yang mempunyai kemampuan melakukan serangan balas pantas sekiranya melihat ada ruang terbuka.

“Selain itu, kelebihan yang mereka ada sudah tentulah de­ngan menerusi penggempur utama, Harry Kane yang boleh dianggap sebagai penyerang terbaik kejohanan ketika ini selain impak dua pemain tengah, Declan Rice dan Kalvin Phillips yang cukup konsisten mengawal tempo mereka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI