fbpx

Suami tergantung di pokok, mayat isteri dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang lelaki ditemui tergantung pada pokok rambutan di Blitar semalam. - TRIBUNNEWS

JAKARTA – Mayat seorang suami ditemui dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok rambutan  setinggi 7 meter, manakala isterinya pula dijumpai meninggal dunia tanpa seurat benang di dalam bilik, lapor portal berita Tribunews hari ini..

Mayat lelaki dikenali dengan  singkatan ZA, 38 dan isterinya, SI, 33  itu ditemui di rumah ibu bapa SI di Blitar, Jawa Timur semalam.

Walaupun ZA kelihatan seperti membunuh diri, namun, polis tidak menolak unsur pembunuhan kerana terdapat luka pada mayat kedua-dua mangsa.

Penghulu, Desa Butun,  Imam Darmawan berkata, kedua-dua mangsa merupakan warga Desa Balung Dowo, Kecamatan Candi, Sidoarjo.

“Mereka berada di rumah ibu wanita tersebut kerana SI asal di sini.

“Namun, punca kejadian masih tidak diketahu,” kata Imam semalam.

Mayat ZA dan SI ditemui dalam waktu berbeza.

Menurut Imam, mayat lelaki itu dijumpai oleh jiran mereka dikenali sebagai Wati, 20, secara tidak sengaja ketika  dia menjemur pakaian di halaman rumahnya.

“Wati menjerit lalu menarik perhatian jiran-jiran lain,” kata Imam

Polis yang tiba di tempat kejadian menemui kesan kelar pada tubuh lelaki itu.

Mereka kemudian mencari isteri mangsa dan  terpaksa memecahkan pintu bilik rumah tersebut kerana berkunci.

Angota-anggota polis kemudian melihat jasad wanita itu tertiarap tanpa seurat benang, manakala badan mangsa turut mempunyai kesan lebam.

Polis turut menemui kunci bilik tersebut di dalam poket ZA sekali gus meningkatkan lagi rasa kecurigaan.

Polis masih menyiasat kejadian tersebut. – Agensi 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI