fbpx

Masih ‘lalok’, Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie disoal siasat semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NIA RAMADHANI dan suami ditahan polis sejak Khamis atas kesalahan mengambil dadah.

JAKARTA – Sesi soal siasat ke atas aktres Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie yang ditahan atas kesalahan mengambil dadah jenis syabu pada Khamis lalu tidak dapat diteruskan berikutan kedua-duanya masih berada dalam keadaan khayal ketika memberi keterangan.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Narkotik Polis Jakarta Pusat, Indrawienny Panjiyoga, pihak polis akan mengambil semula keterangan daripada Nia dan Ardi memandangkan pasangan itu masih berada bawah pengaruh dadah.

Ujar Indrawienny, hasil maklumat yang diperoleh ketika soal siasat pertama mendapati kedua-duanya mengaku ada mengambil syabu pada pagi Khamis, beberapa jam sebelum ditahan pihak berkuasa.

“Ketika ditahan, kami turut merampas dadah jenis syabu seberat 0.78 gram bersama sebuah alat menghisap syabu atau bong yang diakui milik Nia,” katanya.

Terdahulu, pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu bersama suaminya iaitu seorang ahli perniagaan yang juga anak kepada bekas Menteri Ekonomi Indonesia, Aburizal Bakrie telah ditahan di kediamannya yang terletak di Jakarta Pusat pada Khamis lalu atas kesalahan dadah.

Menurut laporan Tribunnews, Nia mengakui mengambil bahan terlarang itu kerana tekanan kerja dan sudah menggunakannya sejak lima bulan lalu.

Selain Nia dan suaminya, turut ditahan pada hari kejadian ialah pemandu peribadi mereka yang dikenali sebagai ZN.

Dalam laporan berasingan, sebuah video memaparkan temu bual bersama Nia yang dirakam pada tahun 2018 oleh akaun YouTube cumicumi.com kembali tular dalam media sosial.

Nia mengakui bahawa dia pernah ditawarkan untuk menggunakan dadah sejak berusia 14 tahun. Namun dia berkata bahawa dirinya tidak akan terjebak kerana telah dididik dengan sempurna oleh ibu bapanya.

“Semuanya sudah bermula sejak saya berumur 14 tahun dan ditawar mengambil dadah. Semuanya bergantung pada iman masing-masing.

“Kalau takut untuk mengambil dadah, semuanya atas diri sendiri. Sejauh mana yang saya tahu, semua kawan-kawan saya tidak ada yang mengambilnya (dadah). Kalau ada pun, itu masalah peribadi dia sendiri. Saya tidak akan mengambilnya,” ujar Nia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI