fbpx

Langkawi rindu kamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
NORLIDA AKMAR IDROS, WARTAWAN EKSEKUTIF

KEHIDUPAN sebahagian besar penduduk di pulau peranginan terkenal, Pulau Langkawi yang dikenali sebagai permata negeri Kedah kini berubah 360 darjah.

Jika dahulu, mereka berada di ‘barisan hadapan’ untuk me­nyambut kedatangan pelancong tempatan dan antarabangsa, namun kini semuanya sepi apabila pulau itu ditutup sepenuhnya.

Keadaan tersebut menyebabkan kira-kira 60,000 pemain industri pelancongan termasuk pekerja hotel, ejen pelancongan, pemandu teksi dan pengusaha kenderaan sewa terjejas teruk.

Salah satu keadaan, pengusaha kenderaan sewa terpaksa menjual kenderaan mereka untuk kelangsungan hidup dan perniagaan berikutan ketiadaan pelancong.

Melihat sisi lain kehidupan, penulis menemui seorang bekas pemandu teksi pada usia 67 tahun terpaksa turun ke laut menjadi nelayan demi mencari nafkah buat keluarga.

Ketika ditanya, lelaki terbabit yang memandu teksi sejak 30 tahun lalu memberitahu, dia terpaksa jadi nelayan walaupun tidak pernah turun ke laut.

Lelaki itu merupakan salah seorang daripada kira-kira 2,000 pekerja sektor pelancongan yang memilih menjadi nelayan untuk terus hidup.

Begitulah survival sebahagian pemain sektor pelanco­ngan ketika­ ini. Rata-rata mereka memerlukan perhatian kerajaan pusat dari segi moratorium, geran bantuan dan pinjaman untuk bangkit semula.

Pada masa sama, mereka juga ternanti-nanti dan tidak sabar lagi menunggu pintu ma­suk Langkawi dibuka semula yang dijangka pada September depan walaupun sedar industri pelancongan di situ tidak akan pulih sepenuhnya dalam masa singkat.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor sebelum ini berkata, sektor pelancongan di Langkawi dijangka dibuka se­mula selepas kira-kira 80 peratus atau 61,000 penduduk Langkawi yang layak, menerima suntikan vaksin dos kedua pada September depan.

“Kita telah meminta kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin kepada penduduk Langkawi. Saya yakin sektor pelancongan dan ekonomi penduduk di Langkawi akan pulih,” katanya.

Tambahnya, hanya yang lengkap dua dos suntikan vaksin dibenar bercuti di Langkawi.

Langkawi mempunyai seramai 108,400 penduduk dengan 76,400 daripadanya layak me­nerima suntikan Covid-19.

Sehingga 29 Jun lalu, seramai 22,600 penduduk Langkawi telah menerima dos pertama vaksin, manakala 16,100 lagi telah me­nerima kedua-dua dos vaksin.

Pulau tersebut dijangka me­nerima 29,250 dos vaksin pada 14 Julai depan dan 31,500 lagi pada 21 Julai depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelanco­ngan Langkawi, Zainuddin Kadir berkata, kira-kira 60,000 pemain industri pelancongan di pulau itu terjejas akibat kehilangan pendapatan.

“Kebanyakan mereka yang merupakan pekerja hotel diberhentikan dengan ada yang di­bayar pampasan. Mereka menggunakan wang itu serta pengeluaran i-sinar untuk hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan seramai 600,000 pelancong yang akan masuk ke Pulau Langkawi bagi suku ter­akhir tahun ini sekiranya sektor pelancongan dibuka semula pada September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, seramai 150,000 pelancong disasarkan masuk ke pulau ini sekiranya rentas da­erah dibenarkan pada September atau Oktober depan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI