fbpx

Kucing terselamat daripada runtuhan kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Binx ditemui ketika sedang berlegar-legar verdekatan sisa runtuhan bangunan Champlain Tower. -Facebook

MIAMI, Florida – Seekor kucing yang tinggal di tingkat sembilan sebuah bangunan kondominium di Florida yang runtuh dua minggu lalu,  ditemui selamat dan kembali ke pangkuan tuannya, lapor akhbar New York Post semalam.

Kucing hitam bernama Binx itu dikesan berlegar-legar berhampiran runtuhan menara Champlain Towers South di Surfside malam kelmarin dan dibawa kepada  pertubuhan amal, Kitty Campus.

“Haiwan adalah sebahagian daripada ahli keluarga dan ini merupakan satu keajaiban.

“Di tengah kesedihan ini, kami mengaharapkan ada berita baik seperti individu atau haiwan yang terselamat,” kata Maria Gaspari yang merupakan rakan kepada keluarga yang memelihara kucing tersebut.

Akhbar Miami Herald melaporkan, Binx merupakan kucing peliharaan keluarga Gonzalez yang menetap di unit 904 kondominium tersebut.

Angel Gonzalez dan anak perempuannya, Deven antara mangsa  pertama diselamatkan daripada sisa runtuhan dan dimasukkan ke hospital. Kakak Deven, Tayler Gonzalez tiada di rumah semasa kejadian manakala bapanya, Edgar Gonzalez masih hilang. 

Bagaimana kucing itu terselamat masih tidak diketahui namun ikhtiar hidupnya memberikan keluarga Gonzalez harapan.

“Apa yang kami perlukan dalam tragedi ini adalah secebis harapan dan hari ini (Khamis) merupakan antara hari yang paling menakjubkan,” kata pengasas Kitty Campus, Gina Nicole Vlasek dalam satu hantaran di Facebook. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI