fbpx

Kluster Gong Pasir punca PKPD mukim Sura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azimi (kiri) menerima taklimat ujian saringan Covid-19 bersasar PKPD mukim Sura daripada pegawai kesihatan di SK Gong Pasir, Dungun hari ini.

DUNGUN – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim Sura melibatkan tiga lokaliti iaitu Perumahan Awam Kos Rendah Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman Maidam di sini mulai hari ini disebabkan peningkatan kes Kluster Gong Pasir.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunos berkata, kluster berkenaan yang dikesan pada 4 Julai lalu itu dicetuskan oleh aktiviti rentas negeri seorang individu yang sering berulang alik bekerja di zon merah.

“Ia diburukkan lagi dengan aktiviti berkumpul dan ziarah antara keluarga dan sahabat (dalam lokaliti berkenaan) sehingga setakat ini 79 kes positif Covid-19 telah dikesan.

“Sebanyak 53 kes positif Covid-19 tersebut dipercayai tersebar daripada aktiviti berkumpul dan ziarah berkenaan,” katanya ketika proses ujian saringan membabitkan penduduk terbabit di Sekolah Kebangsaan Gong Pasir di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Nor Azimi memberitahu, ujian saringan bersasar Covid-19 melibatkan seramai 1,105 penduduk di tiga lokaliti terbabit telah selesai sepenuhnya semalam.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan pelaksanaan PKPD di Perumahan Awam Kos Rendah Gong Pasir, Kampung Gong Pasir dan Taman Maidam yang terletak di mukim Sura melibatkan 1,570 penduduk dan 318 rumah sehingga 23 Julai depan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI