fbpx

Juruteknik rugi RM470,000 terpedaya pegawai LHDN palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang juruteknik kilang rugi sebanyak RM470,000 selepas terpedaya dengan ahli sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan telah membuat laporan di Balai Polis Nilai, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab. Ghani berkata, mangsa iaitu seorang lelaki berusia 57 tahun menerima panggilan ketika di tempat kerja pada 7 Julai lalu kira-kira pukul 3 petang daripada nombor telefon 011-6839371 yang memperkenalkan diri sebagai En. David Simon iaitu wakil syarikat LHDN Alor Setar Kedah.

Menurutnya, mangsa dimaklumkan telah disenarai hitam kerana tidak melunaskan pembayaran cukai tertunggak sebanyak RM17,600.76 atas nama Syarikat New West Enterprise yang didaftarkan di ​​Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Alor Setar, Kedah.

“Penyamar menyatakan tangkapan telah dibuat terhadap satu lelaki bernama Mohd. Faisol Ariffin yang mana lelaki berkenaan dan mangsa memiliki akaun bersama yang didaftarkan atas nama syarikat berkenaan.

“Mangsa menafikan tuduhan tersebut dan panggilan disambung kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. Mangsa kemudiannya berurusan dengan Sarjan Sulaiman dan seorang lagi individu yang menyamar sebagai Ketua Sarjan Sulaiman,” katanya dalam satu kenyataannya, di sini, hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI