fbpx

Ivermectin off-label untuk tujuan kajian klinikal sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran tular yang dinafikan KKM tersebut.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan sebuah hantaran Facebook yang tular bahawa pihaknya membenarkan penggunaan ivermectin bagi rawatan Covid-19.

Menurut KKM di Facebook hari ini, penggunaan ivermectin secara off-label pada masa ini adalah bagi tujuan kajian klinikal sahaja bukannya atas permintaan pesakit di hospital.

Menurut hantaran tular tersebut, ia mendakwa KKM membenarkan penggunaan ivermectin secara off-label untuk pesakit yang berminat.

“Buat masa sekarang, ini hanya untuk pesakit hospital dan pesakit yang meminta (penggunaannya) sahaja, bukan rawatan umum dan kuarantin di rumah,” menurut hantaran tular itu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI