fbpx

Hup Wei impi detik bersejarah di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUP WEI mahu melakar sejarah dalam penyertaannya pada Sukan Olimpik 2020, Tokyo yang bermula 23 Julai ini.

JAGUH lompat tinggi negara, Lee Hup Wei sudah bersedia sepenuhnya untuk mencipta sejarah baharu sukan olahraga Malaysia pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun yang akan bermula 23 Julai ini.

Hup Wei, 34, percaya dia kini mencapai tahap terbaik untuk muncul atlet olahraga pertama negara layak beraksi di pusingan akhir sepanjang penganjuran O­limpik sejak 1956 di Melbourne, Australia.

Bagaimanapun, bekas juara Asia 2007 itu perlu melepasi had ketinggian sekurang-kurangnya 2.26 meter (m) sewaktu aksi kelayakan di Stadium Olimpik pada 30 Julai ini untuk tersenarai dalam kelompok 12 atlet terbaik ke final dua hari kemudian.

“Keadaan badan saya sekarang sangat bagus dan boleh buat yang terbaik di sana. Sasaran saya sememangnya mahu layak beraksi di final.

“Saya perlu melepasi setiap ketinggian pada percubaan pertama, bukannya lompatan ke­dua. Kalau saya melakukannya pada lompatan kedua, peluang akan menjadi tipis.

“Tempoh masa yang ada sekarang untuk saya perbaiki beberapa teknik terutama dari segi larian. Selepas itu, saya akan bersedia sepenuhnya untuk Tokyo,” katanya pada sidang akhbar Majlis Sukan Malaysia (MSN) secara maya semalam.

Hup Wei layak secara merit ke Olimpik Tokyo 2020 selepas menghuni ranking ke-23 dunia meskipun tidak melepasi had ketinggian 2.33m ditetapkan pada pusingan kelayakan yang ditutup 29 Jun lalu.

Ia bakal menjadi pentas O­limpik terakhir buat Hup Wei selepas pernah beraksi pada edisi 2008 di Beijing, China dan 2012 di London.

Sebagai rekod, bekas peme­gang rekod kebangsaan itu kini bebas daripada masalah kece­deraan buku lali yang dialami­nya ketika menjuarai Kejohanan Olahraga Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI