TAPAH – Dua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini menempatkan pekerja empat buah kilang dalam Mukim Bidor dan Batang Padang susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Penggunaan kem PLKN di Chenderiang dan Sungkai itu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, langkah itu juga bagi mengelakkan mereka bercampur dengan orang ramai kerana pekerja warga asing itu tinggal di kawasan perumahan.
“Kita melaksanakan PKPD mukim kerana ia berpunca daripada empat buah kilang di mana pekerja-pekerja kilang tersebut tidak tinggal di asrama.
“Jadi mereka dipindahkan di dua buah kem PLKN dan tutup kilang terlibat sementara kita melaksanakan saringan besar-besaran pada penduduk setempat,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929