fbpx

Berebut ikan, sayur percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penduduk mengambil sayur dan ikan yang diedarkan secara percuma di Masjid Tanah hari ini.

ALOR GAJAH – Bekalan 400 kilogram ikan dan sayur yang diedarkan secara percuma oleh sbeuah badan guaman licin dalam tempoh 90 minit apabila diserbu 100 penduduk di Masjid Tanah di sini hari ini.

Pemberian barangan basah itu bermula pada pukul 8 pagi.

Seorang penduduk, Zamry Mohd. Ani, 39, berkata, dia tidak sangka akan diberikan sebanyak 20 ekor ikan kembung dan pelbagai jenis sayur ketika datang mengambil bekalan tersebut untuk keluarganya di Taman Bidara Permai.

“Saya hanya bekerja sebagai anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia dan menanggung enam ahli keluarga lain termasuk ibu serta bapa mentua yang menghidap strok.

“Jadi apabila dapat bantuan infak seperti ini, saya sangat bersyukur. Bekalan yang diberi ini banyak, cukup untuk seminggu bagi kami sekeluarga,” katanya.

Seorang ibu tunggal, Rohani hamzah pula berkata, dia membawa pulang kira-kira sekilo ikan kembung dan sayur sawi untuk dijadikan menu makan tengah hari 11 ahli keluarga.

“Keluarga kami besar dan perbelanjaan barang basah memang agak tinggi, tidak sangka hari ini ada pihak yang berbesar hati memberikan barang basah, dapatlah kami berjimat-cermat,” katanya.

Sementara itu, penganjur, Muhammad Affande Hassan, 31, berkata, pihak syarikat menginfakkan masing-masing 200 kilogram ikan dan sayur untuk menampung keperluan harian penduduk di kawasan itu.

“Kami terpanggil untuk memberikan sedikit sumbangan bekalan makanan selepas pihak kerajaan mengumumkan pelaksanaan total lockdown.

“Jadi, kami infakkan sebanyak 400 kilogram barang basah dan lebih 100 penduduk telah datang secara pandu lalu untuk mengambil bekalan diperlukan mengikut jumlah seisi rumah,” katanya menambah kesemua barangan infak itu habis dalam masa kurang 1 jam 30 minit.

Katanya, selain pandu lalu, bekalan barang basah itu turut dihantar ke beberapa rumah penduduk yang dikenal pasti memerlukan bantuan, namun mempunyai masalah untuk bergerak. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI