fbpx

Bakul makanan untuk 1,000 keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee (depan, tengah) bergambar bersama staf JL99 dan barangan bakul makanan yang akan diedarkan kepada 1,000 penerima di Taman Wahyu, Kepong hari ini.

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah Kumpulan JL99 memperuntukkan RM300,000 untuk menyediakan bakul makanan kepada 1,000 keluarga yang terjejas akibat Covid-19 sebagai memenuhi program tanggungjawab sosial korporat mereka.

Pengerusinya, Datuk Seri Jeff Lee berkata, mereka akan menyediakan barangan keperluan asas dan wang yang diberikan secara pandu lalu kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan sahaja.

Katanya, kaedah tersebut dapat menjaga prosedur operasi standard (SOP) selain menjamin kesihatan dan keselamatan penerima berkenaan.

“Setiap keluarga akan menerima pakej prihatin, mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan pelitup muka bernilai RM200 serta wang RM100.

“Mereka yang dipilih itu adalah yang tinggal dalam lingkungan tiga kilometer dari Galeri Jualan Residensi 99 di Taman Wahyu, Kepong. Program itu akan berlangsung mulai 10 hingga 24 Julai ini,” katanya di sini.

Tambahnya, mereka yang layak dengan kriteria ditetapkan boleh membuat pendaftaran di pusat jualan. Mereka yang terpilih akan dihubungi untuk mengambil bakul makanan itu.

Sehubungan itu, Lee meminta mana-mana individu yang memerlukan bantuan atau mengetahui mana-mana keluarga yang memerlukan bantuan, boleh layari sosial media Facebook JL99 Group untuk maklumat lanjut.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI