KEMAMAN – Gara-gara mengupah pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai nelayan, sebuah bot nelayan tempatan kes C ditahan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Kemaman dekat sini pada kelmarin.
Sewaktu ditahan pada pukul 4.56 petang, bot terbabit yang mempunyai enam nelayan warga Vietnam itu sedang berada pada kedudukan 59 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman.
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, pada mulanya, APMM menerima maklumat kehadiran nelayan asing yang sedang asyik menangkap ikan berhampiran perairan Pulau Tenggol, Dungun.
“Pemeriksaan pada nombor pendaftaran mendapati bot tersebut milik tempatan tetapi kesemua enam kru termasuk tekong berusia 28 hingga 47 tahun merupakan warga Vietnam.
“Mereka didapati tidak memiliki permit kerja sebagai nelayan yang sah,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929