fbpx

Amerika tidak kalah di Afghanistan – Joe Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pada 2 Julai 2009 menunjukkan askar AS menunggu untuk menaiki helikopter di Kem Dwyer, wilayah Helmand, Afghanistan. – AFP

WASHINGTON – Presiden Joe Biden menegaskan bahawa pengunduran Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan bukan kekalahan seperti yang berlaku dalam Perang Vietnam, namun beliau enggan menganggapnya satu kemenangan.

Biden begitu berhati-hati menjelaskan kepada rakyat AS tentang keputusan untuk menarik diri daripada konflik Afghanistan selepas Washington beperang selama 20 tahun yang berpunca daripada serangan pengganas ke atas AS pada 2001.

Adakah pengunduran malam hari minggu lalu dari Pangkalan Udara Bagram yang merupakan markas operasi AS di Afghanistan satu kekalahan memalukan? Sama sekali tidak, kata Biden.

Merujuk kepada pengunduran penuh trauma dari Saigon yang dikepung pada akhir Perang Vietnam dalam tahun 1975, beliau menegaskan, tiada persamaan antara Afghanistan dan Vietnam.

“Tidak akan ada situasi seperti di Saigon. Anda tidak akan melihat orang ramai dipindahkan dari bumbung bangunan kedutaan Amerika Syarikat di Kabul. Sama sekali tidak sama,” katanya.

 

BIDEN berucap tentang pengunduran tentera AS di White House kelmarin. – AFP

Namun, kata Biden, beliau tidak menganggap misi AS di Afghanistan sudah tercapai.

Pengumuman Biden itu berbeza dengan kebanggaan pramatang Presiden George W. Bush mengenai kejayaan Washington menawan Iraq 2003 di sebalik krisis di negara Asia Barat itu baru bermula.

“Tidak ada ‘misi tercapai,” kata Biden.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak bahawa dari aspek tertentu, AS telah mencapai kemenangan.

“Dari satu aspek, kita dapat membunuh Osama bin Laden dan menghalang Afghanistan daripada menjadi hab keganasan dunia,” katanya.

Setelah dua dekad dihalang pasukan tentera antarabangsa, pejuang Taliban yang dahulunya lemah, kini mara ke seluruh Afghanistan dengan objektif untuk menawan Kabul. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI