fbpx

83 tahun, Raja Gelek selamat cucuk dua dos vaksin Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk M. Daud Kilau

PETALING JAYA – Menghidapi pelbagai komplikasi kesihatan termasuk kencing manis dan masalah membuang air kecil tidak menghalang Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau, 83, selesai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Pemilik nama lengkap Muhammad Daud Kilau itu sudah selesai mendapatkan dua dos vaksin jenis Pfizer beberapa hari lalu.

“Saya sudah selesai mendapatkan dua dos vaksin pada tarikh 7 Julai di Dewan Dato Mohamed Jamrah, Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak Alhamdulillah, semuanya okey sahaja.

“Usia yang semakin tua tidak menghalang saya untuk cucuk vaksin. Orang muda, lagilah jangan takut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.

Pelantun lagu Cek Mek Molek turut berpesan kepada orang ramai segera mendapatkan suntikan vaksin masing-masing agar semua pihak dapat menikmati kehidupan seperti kehadiran virus Covid-19.

“Jangan takut ambil vaksin. Vaksin menyelamatkan nyawa. Saya yang berusia 83 tahun pun sudah selesai dua dos, anda yang masih muda, janganlah lepaskan peluang daftar vaksin.

“Kalau tak cucuk vaksin, kita tak boleh jumpa macam dahulu dan hidup berkurung. Saya nak tengok orang-orang muda gembira seperti dahulu,” katanya lagi.

Baru sahaja menyambut hari ulang tahunnya yang ke 83 tahun semalam, Daud Kilau kini menetap bersama isterinya, Rohani Awang Ngah, 64 dan anak lelakinya, Ahmad Zaini di Bagan Datoh.

Sebelum ini, kesihatan penyanyi veteran itu dilaporkan merosot sejak beberapa tahun kebelakangan kerana penyakit kencing manis, sakit pinggang dan jantung tidak stabil yang dihidapinya.

Penyakit tersebut turut menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tidak lagi membuat persembahan pentas.

Untuk rekod, pada 12 November lalu, beliau pernah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan akibat sesak nafas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI