fbpx

45 minit aksi polis kejar Proton Wira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video polis menahan dua suspek di Taman Haji Abdullah Fahim di Kepala Batas petang tadi.

SEBERANG PERAI – Orang ramai di Kepala Batas di sini gempar selepas melihat aksi selama kira-kira 45 minit kenderaan polis mengejar sebuah kereta jenis Proton Wira yang cuba melarikan diri hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.30 petang berkenaan tular di media sosial selepas rakaman sebahagian kejadian itu dimuat naik di Facebook dan WhatsApp.

Terdapat pengguna media sosial yang mendakwa kejadian berkenaan disangka seperti lakonan dalam drama aksi berkaitan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku selepas anggota polis yang melakukan rondaan terserempak kereta berwarna hitam tersebut dalam keadaan mencurigakan di Permatang Tok Bidan.

Menurutnya, apabila diarahkan berhenti sebanyak dua kali, suspek telah memecut laju dan melanggar beberapa lampu isyarat.

“Suspek melarikan diri selama kira-kira 45 minit melalui beberapa tempat termasuklah Permatang Buluh, Permatang Sirih, Pajak Song, Jalan Perak, Jalan Maju, Kampung Paya dan Taman Haji Abdullah Fahim.

“Ketika, sebuah lagi kereta polis sedang berhenti di lampu isyarat Taman Haji Abdullah Fahim, anggota bertugas ternampak kereta suspek di belakang melalui cermin sisi sebelum memberi bantuan mengejarnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua kenderaan polis itu berpecah dan menutup salah satu jalan keluar utama di taman tersebut, namun suspek melanggar kedua-dua kereta tersebut sehingga mengalami kerosakan pada bahagian hadapan.

“Suspek lelaki berusia 31 tahun dan perempuan berusia 33 tahun bagaimanapun berjaya ditahan di persimpangan keluar taman tersebut.

“Siasatan awal polis mendapati kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan pemandu lelaki tiada lesen,” katanya lagi.

Beliau berkata, polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu, manakala suspek melarikan diri dipercayai kerana membawa barang terlarang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI