fbpx

12 kali pindahkan wang baru sedar ditipu RM44,925

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUANTAN – Selepas 12 kali membuat pemindahan wang berjumlah RM44,925, seorang penyelia kilang akhirnya menyedari ditipu dalam pelaburan mata wang tidak wujud selepas suspek meminta wang kali ke 13.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula apabila lelaki berusia 58 tahun itu melihat iklan pelaburan terbabit di laman sosial Facebook pada 6 Julai lalu.

“Mangsa telah menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp kepada suspek dan menyatakan berminat untuk membuat pelaburan dan memilih pakej ‘silver’ berjumlah RM350 dengan nilai pulangan sebanyak RM7,800 dalam masa 24 jam.

“Pada tarikh sama, mangsa telah membuat pemindahan wang secara dalam talian ke dua akaun yang diberikan suspek sebanyak 12 transaksi berjumlah RM44,925,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, selepas membuat 12 transaksi itu, mangsa sekali lagi diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM17,000 namun tidak berbuat demikian sebaliknya mangsa mula berasa curiga dengan urusan berkenaan dan berasa sudah ditipu.

Katanya, ekoran itu, mangsa telah datang ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini bagi membuat laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI