fbpx

Wanita ‘kantoi’ tipu cuti sakit untuk tonton Euro 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farooqi (kiri) sanggup ponteng kerja selepas seorang rakan mempelawanya untuk menonton perlawanan England menentang Denmark . - Daily Mail

LONDON – Helah seorang wanita yang memberitahu majikannya dia tidak sihat, namun sebenarnya pergi menonton perlawanan Euro 2020 menyebabkan dia dibuang kerja, lapor laman berita Daily Mail.

Nina Farooqi, 37, tidak hadir bekerja selepas rakannya memenangi tiket perlawanan England menentang Denmark.

Memandangkan dia tahu tidak akan diberikan cuti untuk menonton perlawanan itu, Frooqi kemudian berkata, dia kurang sihat lalu menaiki kereta api dari Leeds ke London Kings Cross sebelum menuju ke Wembley.

Namun, wajah wanita itu muncul di kaca televisyen ketika dia dan rakannya bersorak meraikan jaringan gol oleh England dan turut muncul dalam paparan Instagram story seorang pengacara televisyen, Stacey Dooley.

Farooqi kemudian berkata, insiden itu menyebabkan dia dipecat daripada jawatannya sebagai Penyelaras Kandungan Digital di firma Composite Prime. 

“Mereka (pihak majikan) memaklumkan mereka nampak saya menonton perlawanan dan saya berkata jujur. Namun, mereka tidak bersimpati langsung dan tindakan itu adalah akibat kepada tindakan saya menipu,” kata Farooqi kepada akhbar The Daily Telegraph.

Farooqi pada mulanya beranggapan bahawa tidak mungkin wajahnya akan dapat dilihat antara lebih 60,000 penonton.

Tetapi ketika dia memeriksa telefon bimbitnya pada separuh masa, Farooqi menyedari wajahnya sudah berada dalam  saluran berita di seluruh dunia.

“Emosi saya bercampur-baur. Kami (England) sudah hampir ke pusingan akhir dan saya masih teruja namun saya juga kehilangan pekerjaan saya,” katanya.

Memberitahu tentang keputusannya untuk ‘ponteng’ kerja, Farooqi bagaimanapun berkata dia tidak mungkin menolak pelawaan rakannya untuk menonton perlawanan tersebut. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI