fbpx

Tidak perlu tunggu tiga bulan untuk vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Bekas pesakit Covid-19 tidak lagi perlu menunggu sehingga tiga bulan untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi kenyataan berkata, perkara itu diputuskan pada persidangan semalam selepas mendapat pandangan pakar.

Menurutnya, bekas pesakit Covid-19, iaitu individu yang telah pulih daripada jangkitan virus SARSCoV-2 tidak perlu menunggu selama tiga bulan untuk menerima suntikan vaksin.

“Bukti terkini menunjukkan jangkitan semula jadi virus itu menghasilkan perlindungan yang baik terhadap jangkitan semula selama sekurang-kurangnya tiga bulan.

“Sehubungan itu, bekas pesakit Covid-19 yang telah disahkan bebas daripada virus Covid-19 kini dibenarkan untuk divaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menurut janji temu yang telah diberikan,” katanya di sini hari inil.

Namun begitu, JKJAV berkata, pesakit Covid-19 yang mendapat antibodi monoklonal anti-SARS-CoV-2 sebagai sebahagian rawatan Covid-19, mereka dibenarkan mendapat suntikan sekurang-kurangnya 90 hari selepas tarikh pulih dari jangkitan virus. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI