fbpx

Syarikat Austria berminat melabur di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmin dan Schrambock.

PETALING JAYA – Beberapa syarikat Austria berminat untuk melabur di negara ini dengan mereka beranggapan bahawa kedudukan strategik Malaysia merupakan pintu masuk di Wilayah Asia Pasifik.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Persekutuan Hal Ehwal Digital dan Ekonomik Austria, Margerete Schrambock hari ini.

“Kami bersetuju bahawa ia begitu penting untuk mengukuhkan perdagangan bilateral dan hubungan pelaburan antara Malaysia dan Australia,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, beliau turut memberi jaminan kepada Schrambock bahawa Malaysia akan membantu memudahkan kepentingan syarikat-syarikat Austria yang terkenal dengan penggunaan tenaga bersih meliputi aspek seperti produk serta perkhidmatan.

Menurut beliau, ia sejajar dengan fokus kerajaan terhadap isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

“Untuk memperluaskan lagi perdagangan bilateral dan pelaburan serta meningkatkan kerjasama ekonomik, satu bentuk komunikasi baharu akan diterokai.

“Bagi tujuan tersebut, kami menandatangani Acknowledgment of Focal Points untuk membenarkan dialog secara langsung serta pertukaran pandangan dan idea bagi memperkukuh kerjasama ekonomik antara kedua-dua belah pihak,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI