fbpx

Semua hospital di Melaka rawat pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Melaka kini mencapai paras kritikal 91 peratus penggunaan katil bagi pesakit Covid-19.

MELAKA – Dua lagi hospital daerah mula menampung pesakit Covid-19 sejak awal bulan ini selepas jumlah katil di Hospital Melaka mencapai paras kritikal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, keputusan itu dibuat selepas penggunaan katil Covid-19 di Hospital Melaka kini mencecah 91 peratus.

Katanya, sebanyak 400 katil daripada keseluruhan 444 katil telah dipenuhi dan sejumlah 13 pesakit kini terpaksa dirawat di Hospital Alor Gajah dan Hospital Jasin.

“Mengikut data sehingga kelmarin, kapasiti katil di Hospital Melaka berada pada paras kritikal iaitu mencecah 91 peratus, menyebabkan dua buah hospital daerah di negeri ini kini terpaksa menerima dan merawat pesakit Covid-19 bermula awal minggu ini.

“Hospital Jasin kini merawat tujuh pesakit Covid-19, manakala Hospital Alor Gajah enam pesakit,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau hari pertama pelaksanaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam di sini, hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI