fbpx

Selangor mampu beralih ke fasa dua PPN Ogos depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin bercakap kepada pemberita selepas meninjau proses suntikan vaksin Covid-19 di Taman Murni yang dilaksanakan PKPD di sini, hari ini. Foto - FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR

SEPANG – Selangor mampu memasuki fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjelang Ogos atau September seperti beberapa negeri lain sekiranya memenuhi beberapa parameter ditetapkan antaranya kadar pengambilan vaksinasi dalam kalangan dewasa mencecah 10 peratus.

Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari berkata, parameter lain yang perlu diambil kira adalah mengenai kedudukan kes baharu Covid-19 dan kedudukan sistem kesihatan awam di negeri tersebut.

“Sebelum beralih ke fasa seterusnya, kita perlu lihat dari segi sistem kesihatan awam meliputi penggunaan katil, begitu juga di unit rawatan rapi (ICU) serta berapa banyak kadar vaksinasi sama ada sudah mencapai 10 peratus atau tidak sebelum Selangor boleh memasuki fasa dua PPN.

“Bagaimanapun, dilihat kini sistem kesihatan awam di Selangor masih lagi terhad dengan kes baharu Covid-19 yang melonjak tinggi dan berikutan situasi itu pengalihan fasa masih belum boleh dilakukan,” katanya selepas meninjau pelaksanaan PKPD bersasar di Taman Murni di sini hari ini.

Amirudin berkata, sungguhpun demikian, pihaknya menjangkakan Selangor boleh memasuki fasa dua dan seterusnya pada bulan Ogos atau September nanti.

“Kalau kita berjaya lengkapkan dua minggu atau sebulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Selangor, saya percaya pada bulan Ogos atau September nanti Selangor akan memasuki fasa dua dan tiga dengan pantas ditambah dengan kadar vaksinasi yang diterima,” jelasnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI