fbpx

“Saya tahu miskin, tapi jangan sampai menghina”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan antara seorang pelajar dan gurunya mengundang kemarahan orang ramai.

PETALING JAYA – “Kenapa sombong sangat, jangan sampai menghina. Susah orang tidak sama,” antara kata-kata orang ramai mengenai satu hantaran di Facebook berkenaan satu tangkap layar dari aplikasi WhatsApp yang tular ketika ini.

Perkongsian yang dibuat di laman Facebook Kerepok Lekor Jeli itu menunjukkan satu tangkap layar perbualan didakwa daripada seorang pelajar dan gurunya setelah menghantar gambar tugasan sekolah.

Kejadian yang tidak dinyatakan lokasi sebenar itu menunjukkan seorang pelajar menghantar gambar tugasan yang diarahkan oleh gurunya menggunakan kertas kosong biasa.

“Kamu tak ada kertas kajang ke. Ingat ini sekolah tadika ke, kenapa tidak jawab semua soalan,” jelas guru tersebut.

Lalu dijawab oleh pelajar tersebut difahamkan bernama Mohd. Razlan,”tiada cikgu, ada yang saya tidak tahu,” ujarnya.

Namun balas guru tersebut dengan perkataan yang kasar dan menghina,”kenapa miskin sangat” membuatkan orang ramai tidak berpuas hati dan menyatakan tidak sepatutnya seorang pendidik berkata demikian.

“Kenapa perlu kata begitu, sepatutnya seorang cikgu membantu ketika pelajarnya dalam kesusahan,” jelas Wan Azuan.

“Siapa tahu kejadian ni di mana dan siapa yang kongsikan gambar ni. Sila bagitau saya, nak sangat jumpa cikgu dan pelajar ni,” ujar ZquraFezura. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI