fbpx

Ruhainies maafkan individu yang pernah mengumpat dirinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES

PETALING JAYA – Ungkapan maaf mungkin tidak mudah bagi seseorang, memaafkan juga tidak semestinya melupakan, namun kemaafan adalah satu perkara yang dituntut dalam agama.

Itu yang dilakukan oleh pelakon genit Ruhainies dengan menzahirkan kemaafan buat mana-mana individu berprasangka buruk atau mengumpat soal kehidupannya.

Perkara tersebut dikongsikan Ruhainies satu hantaran dalam Instagramnya. Kata pelakon itu, dia menerima mesej daripada seseorang menerusi Instagram (DM) yang meminta maaf  kerana pernah mengumpat tentangnya sebelum ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 29, berkongsi tangkap layar mesej permohonan maaf daripada individu terbabit selepas mengetahui makna istilah ghibah atau mengumpat.

“Assalamualikum puan, saya baru lepas faham tentang ghibah atayu mengumpat. Jadi sekiranya saya ada mengumpat puan, minta dihalalkan (dimaafkan) ya,” tulis individu tersebut.

Ujar pelakon drama Cukup Derita Itu, dia sebenarnya kerap menerima mesej seumpama itu (permohonan maaf) daripada individu yang mengaku telah bercakap buruk tentang dirinya.

“Saya selalu dapat DM seperti ini. Mengata saya apalah agaknya. Tapi saya tidak marah awak mengata saya.

“Pada sesiapa yang pernah kuruk atau mengata saya tu dan meminta maaf, saya maafkan. Untuk yang pernah mengata tapi tidak meminta maaf pun saya maafkan juga,” katanya.

Sempat berseloroh, Ruhainies bagaimanapun tidak dapat menerima apabila individu terbabit telah memanggilnya dengan gelaran ‘puan’ memandangkan dia masih lagi belum berkahwin.

“Saya tidak marah awak mengata saya, tapi awak kata saya ‘puan’, itu saya kisah,” ujar Ruhanies. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI