SEBERANG PERAI – Dua individu kerugian RM19,500 selepas dipercayai diperdaya sindiket pinjaman wang tidak wujud dalam dua kejadian berasingan di Butterworth di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa berusia 48 tahun telah melayari laman sosial Facebook dan tertarik dengan iklan pinjaman wang.
Katanya, mangsa yang ingin membuat pinjaman RM300,000 untuk membeli mesin air batu kemudiannya dihubungi melalui aplikasi WhatsApp oleh beberapa ejen yang mendakwa sebagai pekerja syarikat pinjaman wang berlesen berkenaan.
“Maklumat peribadi mangsa seperti gambar kad pengenalan turut diminta bagi memudahkan proses pinjaman.
“Lelaki itu kemudiannya diminta membuat bayaran secara berperingkat berjumlah RM14,800 ke dalam tujuh akaun berbeza sebelum menyedari ditipu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Sementara itu, beliau berkata dalam kejadian berasingan, seorang lelaki berusia 21 tahun yang berhasrat meminjam RM90,000 kerugian RM4,700 selepas diperdaya sindiket penipuan menggunakan modus operandi sama. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929