fbpx

Rakyat diminta bersabar hadapi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (kiri) ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Dewan Millenium di Kepala Batas hari ini. Foto MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN

SEBERANG PERAI – Masyarakat diminta untuk terus bersabar sementara kerajaan berusaha sehabis baik dalam menangani penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali mengakui, beliau memahami keresahan masyarakat yang tertekan kerana sudah lama ‘terkurung’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

“Semua orang kena bersabar kerana kita sedang buat benda yang patut dibuat dan saya percaya ia betul dibuat.

“Tindakan kita adalah berdasarkan data dan sains, malah kita berhubung dengan organisasi antarabangsa untuk berbincang langkah terbaik yang patut dilaksanakan daripada segi rawatan dan perubatan.

“Keluhan rakyat dan cadangan daripada kumpulan pakar diambil kira dan kita bincangkan menerusi peringkat tertinggi Kementerian Kesihatan untuk menasihati kerajaan langkah terbaik untuk meratakan lengkungan Covid-19,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI