fbpx

Pelantikan Ericsson dibuat melalui proses tender ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelantikan Ericsson sebagai rakan strategik Digital Nasional Bhd. (DNB) telah dibuat selepas melalui proses tender ketat dan kompetitif bermula April lalu yang disusun oleh firma perkhidmatan profesional, Ernst & Young Consulting Sdn. Bhd.

Pelantikan tersebut bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan rangkaian serta ekosistem perkhidmatan 5G di Malaysia.

Menurut DNB, pemilihan tersebut dibuat mengikut pia­waian global dan melibatkan empat panel yang terdiri daripada kira-kira 50 pakar tempatan dan antarabangsa dari 10 negara yang berpengalaman melancarkan rangkaian 5G.

“Sebanyak 14 penyedia peralatan rangkaian telah melalui penilaian awal dan lapan daripadanya disenarai pendek sebelum diundang untuk mengajukan bidaan, namun hanya empat te­lah mengemukakan tawaran.

“Ericsson berada di kedudukan teratas dalam tiga komponen utama kriteria penilaian iaitu teknikal, merangkumi ke­seluruhan kemampuan teknologi 5G; komersial, merangkumi ca­dangan pembiayaan dan jumlah kos pemilikan serta sosio ekonomi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Tambah DNB, pihaknya dan Ericsson kini berada pada landasan yang tepat untuk melancarkan rangkaian 5G di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya menjelang Disember 2021.

Ia juga memiliki objektif untuk mencapai liputan 80 peratus da­ripada populasi negara menje­lang 2024.

Selain itu, DNB memaklumkan, kos reka bentuk, pembinaan dan penyelenggaraan rangkaian 5G yang diuruskan Ericsson dengan anggaran RM11 bilion adalah sekitar RM700 juta lebih rendah daripada cadangan jumlah kos pembida lain yang terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI