fbpx

PdPR perlu guna konsep ‘sistem pembelajaran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) disifatkan menjadi lebih berkesan sekiranya pendekatan berasaskan konsep sistem pembelajaran diaplikasikan terhadap golongan pelajar serta guru.

Penganalisis pendidikan, Dr. Anuar Ahmad berkata, PdPR berasaskan sistem pembelajaran boleh diterjemahkan sebagai konsep dimana tiada kehadiran pelajar ke kelas secara seragam.

“Sebaliknya, kita perlu tekankan kepada konsep yang memfokuskan kepada keperluan dan kemampuan pelajar itu sendiri.

“Sebab itu, saya cadangkan laksanakan mata pelajaran teras sahaja dalam PdPR, manakala bagi mata pelajaran lain, boleh sediakan bahan aktiviti kepada ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook tadi.

Katanya, PdPR berasaskan sistem pembelajaran turut bermaksud mengubah konsep keseragaman kepada kepelbagaian yang lebih santai dan mudah.

“PdPR seperti itu mengutamakan koloborasi ibu bapa dan guru seterusnya mengecilkan peranan birokrasi seperti mewujudkan sistem e-school bagi membolehkan pencapaian pelajar dipantau waris,” jelasnya.

Dalam pada itu, Anuar turut tidak menolak kemungkinan bahawa ramai pelajar terkesan dengan sistem PdPR hingga ada yang hilang motivasi.

“Murid-murid sebenarnya sudah lemas, sebab itu ada antara mereka sudah tidak kisah, belajar pun sebab takut kena marah.

“Mereka hanya hadap komputer, faham belum tentu juga, malah ada yang hilang ketika PdPR.Mereka sedang ketinggalan dalam pendidikan, kebolehan pelajar sedang terbantut,” ujarnya.

Kosmo! tadi melaporkan rata-rata pelajar sekolah mula meluahkan rasa tertekan selain merindui suasana Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka selepas mengakui gagal mengikuti PdPR.

Kegusaran pelajar terbabit diterjemahkan menerusi ciapan #PdPR yang sohor kini di Twitter selepas mendapat ciapan lebih daripada 12,200 pengguna.

Lebih menyedihkan, ada diantara mereka mula mempersoalkan keupayaan untuk mengusai subjek tertentu seperti Matematik Tambahan berikutan gagal memahaminya ketika PdPR. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI