fbpx

Pantau kolam rawatan kilang elak pencemaran sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Nasim Mohd. Sidek (kiri) dan ADUN Muadzam Shah, Ir. Razali Kassim (kanan) melihat kesan runtuhan tebing kolam takungan kilang kelapa sawit yang mencemarkan Sungai Pukin di Rompin hari ini.

ROMPIN – Pemantauan lebih kerap terhadap kolam takungan dan rawatan air digunakan kilang sawit di daerah ini perlu dilakukan bagi mengelak insiden pencemaran Sungai Pukin yang berlaku sejak Selasa lalu berulang kembali.

Pegawai Daerah Rompin, Ahmad Nasim Mohd. Sidek berkata, insiden itu dipercayai bermula selepas tebing satu daripada lapan kolam takungan sebuah kilang memproses sawit berhampiran Ulu Keratong di sini runtuh berikutan hujan lebat.

“Tebing kolam takungan itu dipercayai runtuh antara petang Isnin atau Selasa lalu dan aliran air dari kolam berkenaan kemudiannya memasuki anak Sungai Pukin, Ulu Keratong hingga mengakibatkan berlakunya pencemaran sungai berkenaan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar untuk mengenal pasti langkah mengatasi masalah ini agar tidak terus menyusahkan penduduk,” katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan kilang memproses kelapa sawit berkenaan di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI