fbpx

Masjid penuh awal untuk solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Masjid-masjid di Terengganu kembali dipenuhi jemaah bagi menunaikan solat Jumaat yang kembali dibenarkan dilaksanakan mengikut keluasan rumah ibadat tersebut hari ini.

Tinjauan Kosmo! di Masjid Gong Tok Nasek di sini mendapati dua tingkat dewan solat masjid tersebut sudah dipenuhi jemaah sejak pukul 11.25 pagi lagi.

Salah seorang jemaah, Ahmad Fadzli Hanafiah, 25, berkata, dia hadir awal untuk tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat Jumaat.

“Saya khuatir kalau lewat, ruangan solat sudah penuh kerana kemasukan (ke masjid untuk solat Jumaat) berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat.

“Alhamdulillah minggu lepas, solat Jumaat di Terengganu dibenarkan dengan 40 jemaah sahaja, kini dilonggarkan lagi ikut keluasan masjid,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Gong Tok Nasek, Mohd. Soud Said berkata, rata-rata 657 jemaah yang dibenarkan menunaikan solat Jumaat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan.

“Pengurusan masjid dibantu sukarelawan bagi memantau kemasukan jemaah dengan menjalankan pemeriksaan suhu badan dan mendaftar masuk menerusi aplikasi MySejahtera,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI