fbpx

Lelaki makan daging untuk kelihatan maskulin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang makan daging akan dianggap lebih maskulin. - Alamy Stock Photo

LOS ANGELES, California – Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti  California Los Angeles mendapati lelaki makan daging untuk membuktikan kelelakian mereka, lapor akhbar NY Post kelmarin.

“Mengubah persepsi lelaki mengenai peranan jantina yang konservatif boleh mendorong mereka kurang makan daging dan ayam,” demikian kata ahli psikologi, Daniel Rosenfeld yang merupakan penyelidik kajian tersebut. 

Rosenfeld dan rakan pengkaji, Janet Tomiyama melakukan kaki selidik ke atas 1,706 orang dewasa berumur antara 18 hingga 88 tahun di Amerika Syarikat tentang tabiat makan daging mereka.

“Berbanding  wanita, lelaki makan lebih banyak jenis daging dengan lebih kerap termasuk daging lembu, ayam dan ikan,” kata mereka.

Lelaki yang dikategorikan sebagai maskulin makan lebih banyak daging dan ayam serta menunjukkan keengganan menjadi vegetarian.

“Pemahaman yang lebih mendalam mengenai peranan jantina mungkin berguna untuk mengurangkan pengambilan daging untuk peningkatan kesihatan manusia dan kelestarian alam sekitar,” tulis para penyelidik. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI