fbpx

Kwon Mina, kekasih putus cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KWON MINA

BELUM sampai dua minggu mendedahkan wajah kekasihnya, ahli kumpulan AOA, Kwon Mina tiba-tiba mengakui hubungannya mereka sudah berakhir.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Mina memohon maaf kepada bekas kekasih dan keluarganya yang secara tidak langsung terkait dalam hubungan tersebut.

“Aku mengaku bahawa aku yang salah dalam hal ini,” katanya ringkas.

Kwon Mina berkata, dia menjadi mangsa lelaki buaya darat itu yang sebenarnya sudah mempunyai kekasih lain di belakangnya.

Pada masa sama, dia juga berjanji untuk lebih berhati-hati selepas ini, terutama dalam membina sebuah hubungan.

Dalam pada itu, dia turut membuat keputusan untuk berehat daripada media sosial buat sementara waktu bagi mengelakkan perkara semakin teruk.

Kwon Mina berkongsi kisah teman lelakinya dalam Instagram pada 26 Jun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI