PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan melancarkan Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) untuk pekerja sektor tersebut.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, program itu bakal bermula pada 26 Julai ini di pusat pemberian vaksin industri (PPVIn) di Cititel Mid Valley City, Kuala Lumpur.
“Ia merupakan lokasi pertama PPVIn Sektor Peruncitan dengan menyasarkan kapasiti 1,500 orang akan menerima vaksin setiap hari,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.
Pihaknya menganggarkan 31,000 pekerja barisan hadapan sektor peruncitan dari sekitar Kuala Lumpur dapat divaksin sejajar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929