fbpx

KL dijangka capai imuniti kelompok pada Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

PETALING JAYA – Kuala Lumpur dijangka mencapai imuniti kelompok iaitu sehingga 80 peratus telah divaksinasi menjelang Ogos ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, jangkaan itu dibuat memandangkan terdapat puluhan ribu penduduk di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan diwajibkan membuat ujian saringan sebanyak dua kali.

Justeru, katanya, bacaan positif Covid-19 yang tinggi bakal dicatatkan dalam tempoh dua minggu akan datang ekoran ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dalam jumlah tinggi dilaksanakan.

“Lebih-lebih lagi di Wilayah Persekutuan apabila tapak pembinaan dan rumah kongsi digempur pihak berkuasa.

“Pada masa sama, kita perhebatkan suntikan vaksin. Dalam masa dua minggu kita dijangka berjaya melepasi minimum 50 peratus dua suntikan.

“Pada ketika itu, dijangka kes positif tahap tiga dan empat berkurangan, manakala tahap satu dan dua tidak lagi berbahaya kepada mereka yang sudah ada imuniti,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI